suria

Anggota Polis Maut Dalam Serangan Ketika Solat Pagi Raya Di Bangladesh

DHAKA: Sekurang-kurangnya seorang anggota polis terbunuh dan lima yang lain cedera berikutan kejadian letupan dan tembak menembak berhampiran kawasan solat Aidilfitri berjemaah di utara Bangladesh, kata polis.

Hanya beberapa hari selepas 20 tebusan telah dibunuh di Dhaka, disyaki oleh militan Islam (IS), polis dan media tempatan melaporkan tentang serangan terbaru itu oleh pejuang jihad berhampiran sebuah kawasan lapang di utara daerah Kishoreganj, di mana sekurang-kurangnya 200,000 orang berkumpul untuk solat pagi raya selepas berakhirnya Ramadan.

"Seorang konstabel polis mati dan sekurang-kurangnya lima yang lain cedera," kata seorang pegawai polis di bilik kawalan daerah Mahbub kepada AFP, tanpa memberi butir-butir bagaimana anggota polis itu meninggal dunia.

Stesen televisyen swasta Somoy TV menyiarkan pertempuran bersenjata antara polis dan sekumpulan penyerang dan melaporkan anggota polis telah mati.

Artikel Lain