suria

Indonesia Tingkat Kawalan Keselamatan Menjelang Syawal

KERAJAAN Indonesia memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan dan sentiasa dalam keadaan siapsiaga di kawasan awam yang menjadi tumpuan menjelang Aidilfitri.

Langkah lebih ketat dirangka ini sebagai persiapan untuk berhadapan sebarang serangan militan sepanjang cuti musim perayaan minggu depan.

Menteri Hal Ehwal Keselamatan, Perundangan dan Politik, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memastikan situasi terkawal.

Katanya, Kementerian Pengangkutan, tentera dan polis terlibat mengawal lapangan terbang dan semua lokasi yang menjadi tumpuan ramai.

"Kawalan keselamatan di lapangan terbang yang berpotensi menjadi sasaran serangan telah dipertingkatkan. Pasukan tentera dan polis juga mengawal sekitar lapangan terbang," katanya.

Setakat ini, kerajaan masih belum mengesan sebarang ancaman pengganas termasuk militan Negara Islam di negara itu.

Kata Luhut, kejayaan mematahkan jaringan pengganas di Indonesia termasuk terkini di Surabaya baru-baru ini telah menurunkan tahap ancaman di negara itu.

Tambahnya lagi, Agensi Anti Pengganas Nasional (BNPT) juga Agensi Risikan Negara akan bekerjasama untuk mengenal pasti dan menangani ancaman.

Artikel Lain