suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kafe Di Dhaka 'Bebas' Kumpulan Lelaki Bersenjata, Carian Diteruskan

-fotoAFP
NEW DELHI: Pasukan komando Bangladesh telah menyerbu kafe yang dikepung oleh kumpulan lelaki bersenjata di Dhaka, di mana tebusan turut ditahan di dalam bangunan berkenaan.

Ia disahkan seorang pegawai tentera, yang memberitahu televisyen di India bahawa pasukan keselamatan bagaimanapun masih memburu penyerang di kawasan sekitar.


Leftenan Kolonel Masood daripada Rapid Action Battalion memberitahu saluran Times Now TV di India bahawa beliau percaya antara enam dan 10 lelaki bersenjata telah menyerbu restoran yang terletak di kawasan diplomatik Dhaka pada Jumaat.

Enam daripadanya telah dibunuh oleh pasukan keselamatan dan komando, katanya.

"Kami telah menembak mati enam orang. Kami sedang melakukan carian di kawasan sekitar," kata Masood.


Menurut seorang pegawai, polis Bangladesh telah berjaya menyelamatkan sehingga 10 orang tebusan setelah menggempur bangunan yang dikepung kumpulan lelaki bersenjata terbabit.
kafe Dhaka, serangan Dhaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain