suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Turki Tahan 13 Suspek Selepas Serangan Di Lapangan Terbang Ataturk

-fotoAFP
ANKARA: Polis Turki menahan 13 suspek berhubung tiga pengeboman berani mati di lapangan terbang antarabangsa Istanbul yang menyebabkan 42 orang terbunuh, menurut seorang pegawai Turki, Khamis.

"Awal hari ini, polis menyerbu 16 lokasi untuk menahan 13 suspek ISIS, termasuk tiga warga asing," kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Beliau tidak mendedahkan kerakyatan suspek asing itu, tetapi berkata adalah 'mungkin' sekurang-kurangnya salah seorang daripada pengebom di lapangan terbang Ataturk adalah warga asing.

Akhbar Hurriyet mengenal pasti salah seorang daripada tiga pengebom yang menyerang lapangan terbang paling sibuk di Turki pada hari Selasa sebagai Osman Vadinov, pejuang Chechen yang berasal dari Rusia.

Vadinov dilaporkan menyeberang ke Turki dari Raqa di Syria, kubu kuat kumpulan Negara Islam yang pihak berkuasa percaya menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Tiada yang mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai di Ataturk, salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

Turki telah menyerbu sel-sel IS selepas berlakunya siri serangan maut di mana kumpulan militan dipersalahkan.

Artikel Lain