suria

Unicef Keluarkan Video Menyentuh Hati Tentang Diskriminasi Kanak-Kanak

Anano berpakaian cantik dan berpakaian kotor.
PELAKON kanak-kanak, Anano, yang berusia enam tahun telah memakai pakaian cantik dan pakaian buruk untuk melihat perbezaan tindak balas orang sekeliling terhadapnya.

Orang ramai yang lalu lalang berhenti dan menegurnya apabila melihat dia memakai kot kemas dan kasut but sambil berdiri di tepi jalan, bertanyakan umur, jika dia telah sesat dan di mana dia tinggal.

Tetapi apabila mukanya disolek comot dan berjelaga oleh jurumekap dan diberi pakai pakaian kotor, orang ramai tidak menghiraukannya.


Ditugaskan oleh UNICEF, video ini menggambarkan bagaimana kemiskinan memberi kesan kepada peluang hidup kanak-kanak.

Eksperimen sosial ini terpaksa dibatalkan apabila seorang lelaki di sebuah restoran memberitahu Anano supaya meninggalkan tempat itu, menyebabkan dia menangis.

Ditanya mengapa dia diabaikan ketika berpakaian seperti kanak-kanak 'miskin', Anano berkata: "Kerana muka saya comot dan berjelaga dan pakaian saya semuanya kotor.

"Ini membuatkan saya sedih. Mereka semua menghalau saya.


Difilemkan di Tbilsi, ibu negara Georgia, filem itu dibuat oleh agensi pengiklanan Switch Communications.

Mereka mahu orang ramai berfikir tentang mesej: "Perubahan bermula apabila anda memilih untuk prihatin."
diskriminasi, Unicef, Anano

Artikel Lain