suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

30 Nelayan Vietnam Dihukum Penjara Di Australia

SYDNEY: Seramai 30 warga Vietnam yang ditahan menangkap ikan di perairan Australia dijatuhi hukuman penjara dan bot mereka turut dimusnahkan.

Semasa tangkapan, pihak berkuasa turut menjumpai peralatan menyelam dan enam tan timun laut di dalam kapal tersebut.

Timun laut merupakan makanan istimewa di negeri seperti China.

Kesemua nelayan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Laut Coral, rizab laut di luar pantai utara Australia pada 2 Jun lalu.

Mereka mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Darwin kerana melanggar undang-undang perikanan dan alam sekitar Australia.

Hukuman penalti termasuk hukuman penjara dari dua bulan dikenakan terhadap anak kapal manakala lima atau tujuh bulan bagi kapten kapal tersebut.

"Kegiatan menangkap ikan secara haram mengancam kemajuan ekonomi dan kelestarian sumber marin yang diurus dengan baik di Australia," kata Pengurus Besar Lembaga Pengurusan Perikanan Australia, Peter Venslovas.

Menurut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini, kira-kira 26 juta tan ikan ditangkap secara haram setiap tahun.


perairan Australia, nelayan, Vietnam

Artikel Lain