suria

Pendaratan Kecemasan Bangkit Kebimbangan Terhadap Soal Keselamatan

Pesawat SQ368 terbakar di bahagian sayap kanan.

SINGAPURA: Pendaratan kecemasan pesawat Singapore Airlines (SIA) di Lapangan Terbang Changi pada pagi Isnin menimbulkan persoalan utama mengenai protokol dan prosedur keselamatan.

Pesawat dengan nombor penerbangan SQ368 yang menuju ke Milan, Itali kira-kira pukul 2 pagi dengan membawa bersama 222 penumpang dan 19 anak kapal baharu sahaja sejam dan 45 minit berlepas dari Lapangan Terbang Changi sebelum juruterbang menyedari berlaku masalah minyak enjin yang menunjukkan kebocoran bahan api.

Juruterbang itu mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi.

Sebaik sahaja pesawat jenis Boeing 777-300ER itu mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira pukul 6.50 pagi, sayap kanan pesawat itu terbakar.

Semasa kecemasan di udara, ia tidak semestinya atau munasabah mendaratkan pesawat itu dengan serta-merta.

Sebagai contoh, ia tidak masuk akal untuk mendarat di lapangan terbang yang tidak mempunyai sumber untuk menangani kecemasan, kata pakar.

Seorang jurucakap SIA berkata terdapat banyak faktor apabila juruterbang membuat keputusan sama ada kembali ke lapangan terbang tempat berlepas atau mengalihkan penerbangan ke lapangan terbang lebih dekat.

Ini termasuk keadaan pesawat dan perkhidmatan yang diperlukan semasa ketibaan.


Singapore Airlines, terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain