suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Singapura Lega Semua Penumpang SQ368 Selamat

-foto Lee Bee Yee, melalui AP
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong lega apabila semua penumpang SQ368, pesawat yang enjinnya terbakar, selamat diturunkan dari kapal terbang itu.

"Terima kasih kepada SQ (Singapore Airlines) dan Lapangan Terbang Changi di atas tindakan yang pantas. SQ dan CAAS (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura) sedang menyiasat punca kejadian itu," katanya di laman Facebook beliau.

Boeing 777-300ER yang beroperasi dari Singapura ke Milan telah kembali ke Singapura berikutan mesej amaran minyak enjin.

Enjin sebelah kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira 6.50 pagi.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh perkhidmatan kecemasan lapangan terbang.

Kesemua 222 penumpang dan 19 anak kapal tidak mengalami kecederaan.
SQ368, Lee Hsien Loong

Artikel Lain