suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militan Al-Shabaab Serang Hotel, 15 Maut

Keadaan hotek yang musnah dalam serangan bom berani mati di Mogadishu. Foto Reuters

MOGADISHU: Kumpulan militan Somalia, Al-Shabaab melancarkan serangan bom berani mati di sebuah hotel di tengah Mogadishu pada Sabtu, sebelum anggota kumpulan menyerbu masuk, kata polis.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 15 orang maut, termasuk pengawal di lokasi kejadian, orang awam dan anggota militan sendiri.

Mereka lain dilaporkan cedera.

Polis memberitahu bahawa pertempuran telah berakhir tetapi mereka kini sedang memburu kumpulan militan.

"Kita telah melancarkan serangan di sebuah hotel yang sering dikunjungi pegawai-pegawai kerajaan," kata jurucakap operasi kumpulan kenteteraan Al-Shabaab, Sheikh Abdiasis Abu Musab kepada Reuters.

Katanya, sekurang-kurangnya 20 pengawal dan orang awam terbunuh. - Reuters

Al-Shabaab, Mogadishu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain