suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Helikoter RTAF Hilang Dari Radar

BANGKOK: Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) mengesahkan satu daripada helikopternya hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari pangkalan udara Don Mueang ke Rayong pada 2.40 petang (waktu tempatan) pada Sabtu.

Jurucakap RTAF Air Vice Marshal Pongsak Semachai dalam satu kenyataan pada Sabtu malam berkata, helikopter utiliti Huey bersama-sama tiga tentera udara berlepas dari pangkalan udara dekat Bangkok sejam awal pada 1.40 petang.

Tentera udara mengenal pasti juruterbang helikopter malang itu sebagai Ketua Skuadron Paset Techasen, bersama-sama dua lagi, Leftenan Penerbangan Alongkorn Jankrajang dan Sarjan Penerbangan Kelas Pertama Wisut Puttaraksa.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mencari helikopter hilang itu dihentikan hari ini dan akan bersambung Ahad, katanya. -Bernama

Helikoter RTAF, Hilang, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain