suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Drone AS Bunuh Dua Ahli Al-Qaeda

ADEN: Dua ahli kumpulan Al-Qaeda dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh drone tentera Amerika Syarikat (AS) di selatan Yaman pada Ahad.

Dalam serangan berkenaan, drone tersebut dilapor mensasarkan sebuah kereta yang sedang dipandu di Habban untuk membunuh dua suspek.

Serangan itu dilakukan selepas AS turut membunuh dua lelaki dipercayai ahli kumpulan Al-Qaeda di Marib pada Sabtu.

Washington sebelum ini menyebut, Al-Qaeda yang berpangkalan di Yaman merupakan militan bahaya.

AS selain itu turut menggunakan anggota tenteranya untuk merampas semula Mukalla - bandar yang dikuasai Al-Qaeda.

Al-Qaeda Yaman dilapor hanya bertempur dengan militan Syiah yang turut aktif di negara berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain