suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dron Punca Lapangan Terbang Dubai Ditutup Sejam

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Foto Reuters

DUBAI: Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terpaksa menutup ruang udaranya selama 69 minit pada Sabtu disebabkan oleh pencerobohan dron di kawasan itu, lapor pihak berkuasa penerbangan.

Kejadian yang berlaku di lapangan terbang paling sibuk di dunia bagi perjalanan antarabangsa itu mengakibatkan 22 penerbangan terpaksa dilencongkan.

Lapangan Terbang Dubai dalam satu kenyataan berkata, penutupan berlaku antara pukul 11.36 pagi dan 12.35 tengah hari (waktu tempatan).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Griffiths berkata, beribu-ribu penumpang terjejas akibat gangguan itu.

Jurucakap Lapangan Terbang Dubai memberitahu Reuters bahawa 16 penerbangan dilencongkan ke Dubai World Central, satu lagi lapangan terbang utama Dubai.

"Ia merupakan insiden yang sangat serius dan kami perlu mengambil langkah keselamatan demi pelanggan dan kakitangan kami," kata Griffiths kepada stesen radio Dubaieye 103.8.

Menurut laporan media di UAE, insiden yang berlaku pada Sabtu merupakan yang kali kedua dalam tempoh 18 bulan.

Dron tidak dibenarkan terbang di kawasan lingkungan lima kilometer berdekatan lapangan terbang, helipad, kawasan pendaratan dan pesawat udara di emiriah itu. Reuters/AFP

Artikel Lain