MH370: Serpihan Ditemui Di Australia Selatan Disiasat - Dunia | mStar

MH370: Serpihan Ditemui Di Australia Selatan Disiasat

Serpihan yang ditemui di Mossel Bay, dekat Cape Town, Afrika Selatan pada 21 Mac lalu.

CANBERRA: Pegawai penyiasat Australia sedang memeriksa serpihan pesawat yang ditemui di sebuah pulau di luar pantai Australia Selatan untuk mengenal pasti sama ada ia milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

"Kami sedang menunggu maklumat lanjut dan akan memeriksa setiap komponen itu. Pada tahap ini, tiada apa yang pasti dan kami akan mengikuti prosedur biasa.

"Apa yang kami tahu ia adalah dari serpihan pesawat," kata jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada Khamis.

Stesen televisyen Australia, Channel Seven melaporkan bahawa serpihan tersebut ditemui seseorang yang sedang mencari kayu hanyut di Kangaroo Island itu.

Rakaman menunjukkan serpihan berwarna putih dengan tulisan perkataan "Caution no step".

Pesawat MH370 hilang dari radar pada Mac 2014 dengan membawa bersama239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing.

Sehingga kini ia masih belum ditemui dan mencetuskan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Sebelum ini, serpihan bahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon ditemui di Pulau Reunion milik Perancis.

Pihak berkuasa Malaysia dan Perancis mengesahkan ia milik pesawat tersebut.

Sementara itu pada bulan lalu, dua serpihan pesawat yang ditemui di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, Kepulauan Mauritius disahkan hampir pasti milik MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Dua serpihan yang ditemui berasingan di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues merupakan sekeping bahagian enjin dengan logo Rolls-Royce dan panel dinding kabin dalam pesawat.

Pemeriksaan ke atas dua serpihan itu dilakukan pasukan pakar antarabangsa di Australia.

MH370 , serpihan , Australia Selatan

Artikel Sebelum

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain