suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat Awam Indonesia Dipecat, 'Tersalah' Taip Nama KPK

JAKARTA: Gara-gara menaip nama Suruhanjaya Pembanterasan Korupsi (KPK) menjadi 'Suruhanjaya Perlindungan Korupsi', seorang penjawat awam di Kementerian Dalam Negeri terus dipecat serta-merta pada Khamis.

Media-media tempatan di sini hari ini memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo sebagai berkata hasil siasatan mendapati terdapat unsur sabotaj dalam kementeriannya kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, insiden terbabit telah memalukan kementerian dan perbuatan itu tidak dapat dimaafkan agar menjadi pengajaran kepada petugas lain supaya tidak berani untuk membuat sebarang sabotaj terhadap kementerian.

Beliau berkata, perbuatan petugas terbabit telah tersebar luas dalam media sosial yang menyebabkan pihak kementerian terpaksa memohon maaf secara bertulis kepada KPK.

KPK ialah sebuah agensi suruhanjaya pencegahan rasuah di Indonesia dan kebelakangan ini mendapat liputan media hampir setiap hari kerana menerobosi siasatan rasuah di semua jabatan kerajaan termasuk parlimen, dewan rakyat daerah dan pejabat gabenor.

Kesalahan menaip nama KPK di atas satu sampul surat yang dihantar kepada ketua suruhanjaya itu dari Kementerian Dalam Negeri dikesan oleh petugas KPK sendiri dan kemudian ia tersebar luas dalam media sosial orang awam.

KPK, Indonesia

Artikel Lain