suria

Pesawat EgyptAir Tidak Buat Pusingan - Mesir

PESAWAT EgyptAir yang terhempas di Laut Mediterranean tidak mengubah laluan dan tidak dilencongkan sebelum hilang dari radar, kata seorang pegawai di Mesir.

Pesawat Airbus A320 dilapor dalam laluan asalnya dari Paris ke Kaherah dengan membawa 66 penumpang termasuk anak kapal sebelum hilang pada Khamis lalu.

Menteri Pertahanan Greece berkata, pesawat itu telah melencong 90 darjah ke kiri dan membuat pusingan 360 darjah ke kanan sebelum terhempas.

Bagaimanapun pegawai kanan Penerbangan Awam Mesir menegaskan tiada pergerakan luar biasa berlaku terhadap pesawat berkenaan.

"Apa yang dikatakan oleh Greece tentang pesawat itu membuat lencongan sebelum hilang adalah satu jenaka," Ketua Penerbangan Awam Mesir, Ehab Azmy.

EgyptAir

Artikel Lain