suria

Video Wanita Bertopeng Chewbacca Jadi Viral, Buat Penonton Ketawa

AUSTIN: Seorang wanita Texas menjadi terkenal minggu ini selepas video dirinya yang memakai topeng elektronik watak Chewbacca di Facebook mendapat lebih 50 juta tontonan dalam masa kurang dari 24 jam.


Candace Payne merakamkan video itu di tempat letak kereta gedung beli-belah Kohl's pada Khamis.

Topeng itu mengeluarkan bunyi suara garau Wookie apabila Payne membuka mulutnya, membuatkan Payne ketawa berdekah-dekah diikuti suara garau Wookie selama kira-kira dua minit.

"Saya kini Chewbacca yang gembira!" kata Payne sambil ketawa. "Tak sia-sia membelinya!".

Chewbacca adalah watak fiksyen dari siri filem Star Wars dan menjadi teman setia Han Solo.

Chewbacca mula trending di Twitter di Amerika Syarikat pada Jumaat, apabila pengguna platform media sosial itu berasa terhibur dengan video tersebut.

"Jika anda masih tidak menonton video wanita bertopeng Chewbacca itu lagi, anda terlepas beberapa minit kegembiraan sebenar," tulis ¡Gabe! Ortíz (@ TUSK81) di Twitter.

"Ketawalah sepuas hati," tulis akaun Twitter rasmi Star Wars (@starwars).

Topeng Chewbacca juga telah habis dijual dalam talian.

Sebelum memakai topeng itu, Payne memberitahu bahawa topeng itu sebenarnya dibeli untuk anak lelakinya yang sangat menginginkannya.

"Walau bagaimanapun, ini kini milik saya. Saya akan menyimpannya sebagai simpanan sendiri!"

Artikel Lain