suria

Ahli Parlimen Cedera Jatuh Ke Dalam Pembetung

SEORANG ahli Parlimen di India cedera di kepala selepas terjatuh ke dalam pembetung ketika sedang ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen tempatan.

Ketika kejadian, ahli Parlimen itu, Poonam bersama penduduk di Bandar Vododara, Gujerat sedang ditemui pihak media.

Bagaimanapun ketika Poonam sedang bercakap kepada pemberita, alas pembetungan itu runtuh dan menyebabkan mereka terjauh ke dalam air.

Turut terjatuh bersamanya ialah empat penduduk - mereka juga mengalami kecederaan.

Selain di kepala, Poonam turut cedera di bahu dan terpaksa diusung ke hospital.

Artikel Lain