suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka Kematian Tanah Runtuh Di China Meningkat Kepada 22

BEIJING: Angka kematian dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Fujian di China meningkat kepada 22, dengan 17 orang masih hilang, lapor media pada Isnin.

Tanah runtuh berlaku selepas hujan lebat pada Ahad, melanda stesen kuasa hidroelektrik yang masih di dalam pembinaan di daerah Taining di Fujian.

Presiden Xi Jinping mengarahkan pegawai tempatan untuk mempertingkatkan usaha menyelamat.

"Setakat pukul 1 petang, sebanyak 22 mayat ditemui di lokasi kejadian dan dua mangsa dalam senarai hilang ditemui masih hidup dan selamat," lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain