suria

Sadiq Khan Dipilih Datuk Bandar Islam Pertama London

Sadiq Khan.

LONDON: London menjadi ibu negara barat pertama yang memilih Datuk Bandar Islam selepas Parti Buruh mengisytiharkan kemenangan calonnya, Sadiq Khan walaupun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.

Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengumumkan kemenangan Khan, 45, mengatasi calon parti Konservatif, Zac Goldsmith.

Dalam kiraan akhir, Khan menang dengan 1,310,143 undi manakala Goldsmith memperoleh 994,614 undi.

"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua!," tulis Corbyn dalam akaun Twitternya.

Persaingan untuk menggantikan Datuk Bandar Boris Johnson dari Konservatif memperlihatkan bagaimana Khan, anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an.

Khan menentang Goldsmith yang merupakan anak seorang jutawan yang hidup mewah.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio antara pemimpin terawal yang menghantar mesej tahniah menerusi Twitter dan menyatakan rasa teruja untuk bekerjasama dengan Khan.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo juga dalam Twitternya berkata: "Kemanusiaan dan nilai progresif memberi manfaat untuk warga London."

Namun, tiada respons diterima daripada Goldsmith, walaupun kakaknya, Jemima adalah bekas isteri kepada pemain kriket dan ahli politik Pakistan, Imran Khan yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau.

Jemima menyifatkan kemenangan Khan itu sebagai satu contoh paling hebat kepada orang muda Islam.


Artikel Sebelum

Artikel Lain