suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Maut, Empat Cedera Lapangan Terbang Di Shanghai Terbakar

Anggota bomba dan polis dilihat berada di lokasi kejadian kebakaran di Lapangan Terbang Hongqiao, Shanghai, Jumaat. -fotoREUTERS
SHANGHAI: Satu kebakaran yang berlaku di kawasan bawah tanah di Lapangan Terbang Hongqiao, Shanghai telah dipadamkan, lapor China Central Television (CCTV) dalam microblognya, Jumaat, memetik jabatan bomba Shanghai.

Dua maut dalam kebakaran itu dan empat orang mengalami kecederaan, lapor CCTV.


Kebakaran dilaporkan bermula di kawasan bawah tanah di mana terdapat timbunan bahan penebat.

The People's Daily dalam microblog rasminya berkata kebakaran berlaku di bahagian bawah tanah terminal satu lapangan terbang kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan semasa projek pengubahsuaian bawah tanah dilakukan.

Artikel Lain