suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih Banyak Harimau Jadi Mangsa Buruan Berbanding 2015

NEW DELHI: Lebih banyak harimau sudah terbunuh di India setakat ini, berbanding keseluruhan tahun 2015, lapor satu bancian pada Jumaat, menimbulkan keraguan mengenai usaha anti-pemburuan haram di negara ini.

Persatuan Perlindungan Hidupan Liar India, sebuah badan amal pemuliharaan berkata 28 daripada haiwan terancam ini telah menjadi mangsa perburuan haram sehingga 26 April, lebih tiga ekor dari tahun lepas.

Daging dan tulang harimau digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan dijual pada harga yang tinggi.

"Statistik ini memang membimbangkan," kata pengurus program kumpulan itu, Tito Joseph.

"Pemburuan hanya boleh dihentikan apabila kita telah melakukan penyelarasan, memimpin operasi penguatkuasaan perisikan, kerana rakyat dari banyak negara terlibat dalam perdagangan haram hidupan liar. Ia adalah jenayah terancang yang merentas sempadan."

Pemburu menggunakan senjata api, racun dan juga perangkap keluli serta kejutan elektrik untuk membunuh mangsanya.

India menjadi habitat kepada lebih daripada separuh populasi harimau di dunia dengan 2,226 rizab mengikut kiraan terakhir pada tahun 2014.

Angka itu muncul selepas laporan oleh WWF dan Forum Harimau Global berkata jumlah harimau liar di dunia telah meningkat buat kali pertama dalam tempoh lebih dari satu abad kepada anggaran 3,890.
populasi harimau, WWF

Artikel Lain