suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Perempuan 11 Tahun Berjaya Terbang Dari Moscow Ke St Petersburg Tanpa Tiket

SAINT PETERSBURG: Seorang gadis Rusia berusia 11 tahun berjaya terbang dari Moscow ke Saint Petersburg selepas menyelit masuk ke dalam pesawat dengan cara beramah mesra dengan penumpang lain, kata pihak berkuasa, Rabu.

"Seorang gadis berusia 11 tahun ditemui di Lapangan Terbang Pulkovo di Saint-Petersburg. Dia telah tiba dari Moscow bersendirian tanpa pengenalan atau tiket," kata polis pengangkutan di bandar kedua terbesar Rusia itu.

Pelajar perempuan itu berjaya menaiki penerbangan tanpa disedari di mana-mana pemeriksaan keselamatan; pengesan logam di pintu masuk, daftar masuk, kawalan pasport di kastam atau tuntutan bagasi.

Satu sumber di lapangan terbang itu memberitahu media tempatan bahawa dia telah melepasi prosedur keselamatan dengan menyertai sekumpulan orang dewasa yang membawa beberapa kanak-kanak.

Dia kemudian mengambil tempat duduk kosong di dalam pesawat dan telah ditemui oleh seorang pramugara selepas berlepas.

Penerbangan Rossiya itu yang melakukan operasi penerbangan dari Moscow ke Saint-Petersburg berkata prosedur keselamatan adalah menjadi tanggungjawab lapangan terbang.


"Ini tidak bermakna bahawa kita tidak mengambil apa-apa tanggungjawab," kata seorang pegawai syarikat kepada AFP, sambil siasatan dalaman telah dilancarkan.

Perkhidmatan akhbar lapangan terbang Vnukovo, Saint-Petersburg tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang Rusia telah dipertingkatkan selepas pengeboman berani mati yang membunuh 37 orang di lapangan terbang Domodedovo di Moscow pada tahun 2011.

Artikel Lain