suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Cedera Termasuk Seorang Rakyat Malaysia Kemalangan Di Hatyai

Hatyai. Foto worldatlas.com

SONGKHLA: Lapan orang cedera termasuk seorang lelaki rakyat Malaysia dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Mukim Pakthong, Hatyai di sini Jumaat.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Pakthong, Kapten Polis Sunthon Yingkon berkata, rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian pada 10.25 pagi itu hanya dikenali sebagai "Mohd Rosdi" berusia 35 tahun. 

"Kemalangan berlaku apabila kereta Toyota dinaiki empat lelaki hilang kawalan selepas salah satu tayarnya pecah dan melanggar kereta dinaiki rakyat Malaysia itu," katanya kepada pemberita pada Jumaat dan menambah kedua-kedua kereta itu daripada arah Sadao menuju ke Hatyai.

Turut cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kereta dinaiki rakyat Malaysia itu terbakar sejurus selepas kemalangan itu adalah seorang bayi berusia setahun, kata pegawai penyiasat balai polis itu.

Sunthon berkata, kesemua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Hatyai dan Hospital Prince of Songkhla Nakarin Hatyai dan kesemua berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain