suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James Cameron Umum Empat Sekuel Filem Avatar

PENGARAH filem terkenal, James Cameron bakal menghasilkan empat lagi sekuel bagi filem Avatar, dengan menjanjikan kesemua filem berkenaan akan mula menggegarkan pawagam pada 2018.

Pencipta filem epik fantasi Avatar pada 2009 yang mencatatkan pencapaian pecah panggung sepanjang zaman di seluruh dunia berkata, visinya adalah untuk membuat susulan yang akan dikembangkan dari semasa ke semasa.

Cameron pada awalnya hanya membayangkan sebanyak dua sekuel bagi filem Avatar.

Bagaimanapun selepas mengadakan mesyuarat bersama pasukannya, beliau menyedari mempunyai terlalu banyak bahan hanya untuk dua filem.

Beliau yang kemudiannya memutuskan untuk mengadakan tiga sekuel, akhirnya menetapkan empat sekuel.

Menurut Cameron, tiga lagi filem sekuel Avatar akan dikeluarkan pada 2020, 202 dan 2013.

"Ini adalah perancangan kami," ujar Cameron. 

Filem Avatar yang ditayangkan pada 2009 itu mencatatkan kutipan sebanyak AS$2.8 bilion (RM10.92 bilion) di seluruh dunia. - Yahoo Movies



James Cameron, Avatar

Artikel Sebelum

Artikel Lain