suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Panama Papers: Cameron Dituduh Hipokrit, Didesak Letak Jawatan

LONDON: Pendedahan isu cukai melibatkan Perdana Menteri Britain mencetus kemarahan rakyat apabila ribuan berarak ke Downing Street mendesak David Cameron meletak jawatan.

Cameron yang tertekan selepas rahsia itu terbongkar menerusi laporan Panama Papers akhirnya mengiakan perkara itu.

Susulan itu, dia dituduh hipokrit walaupun tampil mengaku memperoleh manfaat lebih STG30,000 (RM165,989.23) daripada pelaburan di lokasi bebas cukai luar pesisir pantai. 

Cameron memaklumkan beliau mendapat manfaat dana kontroversi yang ditubuhkan mendiang bapanya, Ian.

Penunjuk perasaan yang majoritinya memakai topi Panama, tiba di Downing Street sambil membawa sepanduk bertulis "beliau perlu berundur", "masa untuk pergi kawan" dan "pencetus huru hara Eton." 

Kumpulan itu juga berulang kali melaungkan 'David Cameron perlu letak jawatan/Mengelak cukai satu jenayah.' Acara itu bermula jam 11 pagi dan kira-kira 2,000 orang dijangka berarak di Downing Street sepanjang hari.



Artikel Lain