suria

Suu Kyi Kini Kaunselor Negara Myanmar

NAYPYIDAW: Aung San Suu Kyi menyandang portfolio baharu yang dinamakan kaunselor negara, di mana tugasnya hampir sama dengan perdana menteri Myanmar.

Pelantikan ketua parti pemeritah baharu negara itu telah mendapat kelulusan Parlimen Myanmar.

Mengikut Perlembagaan, Suu Kyi dilarang memegang jawatan presiden kerana mendiang suami dan anak-anaknya memiliki kerakyatan asing.

Rang undang-undang mewujudkan jawatan kaunselor negara dibantah wakil tentera dalam Parlimen, namun diluluskan dengan mudah kerana majoriti kukuh diperoleh parti Liga Demokrasi Nasional (NLD) pimpinan Suu Kyi dalam pilihan raya November lalu.

Rang undang-undang itu perlu ditandatangani Presiden Htin Kyaw, sekutu rapat Suu Kyi, sebelum berkuat kuasa. Sebelum ini, Suu Kyi yang sudah memegang jawatan Menteri Luar. - AP

Artikel Lain