suria

Lapangan Terbang Brussels Dibuka Semula

BRUSSELS: Lapangan Terbang Brussels dibuka semula pada Ahad dengan tiga penerbangan simbolik dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat untuk penumpang, era baharu bagi perjalanan udara di Belgium selepas serangan pengebom berani mati militan IS.

Hab pelancongan utama itu ditutup sejak dua lelaki meletupkan diri di balai berlepas pada 22 Mac dalam serangan terancang termasuk stesen metro di ibu negara Belgium, yang membunuh 32 orang.

Ketua Eksekutif Lapangan Terbang Brussels, Arnaud Feist pada Sabtu berkata perkhidmatan separa akan bermula dengan tiga penerbangan penumpang simbolik ke Faro, Athens dan Turin.

"Penerbangan ini melambangkan harapan untuk lapangan terbang ini bangkit semula selepas insiden berdarah itu," kata Feist.

Salah satu perubahan paling ketara adalah hanya penumpang dengan tiket dan dokumen pengenalan diri akan dibenarkan masuk ke balai berlepas sementara beg mereka akan diperiksa sebelum terlebih dahulu.

Sebaik berada di dalam balai berlepas, penumpang juga akan menjalani pemeriksaan keselamatan biasa.

Lapangan terbang itu pada mulanya hanya boleh diakses dengan kereta.

Kenderaan akan diperiksa dan tertakluk kepada pemeriksaan mengejut, manakala polis tambahan dan tentera akan membuat rondaan di sekitar lapangan terbang.

Penerbangan pertama akan berlepas ke Faro di pada jam 11.40 pagi waktu tempatan dan bilangan pelepasan penerbangan akan meningkat dari masa ke semasa.

Namun, lapangan terbang itu akan hanya dapat menampung 20 peratus kapasiti saja menggunakan kemudahan sementara, mengendalikan 800 hingga 1,000 penumpang sejam. 


Artikel Lain