suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Tembak Mati Abang Kerana Minat Gadis Yang Sama

Dakota Thornton didakwa membunuh abangnya sendiri akibat kedua-duanya meminati gadis yang sama.

SEORANG remaja didakwa menembak mati abangnya sendiri kerana kedua-dua mereka meminati gadis yang sama.

Portal Mirror melaporkan bahawa Dakota Thornton, 15, dipenjara selepas dia dilaporkan memberitahu polis "saya tembak abang saya".

Memetik laporan Fox, remaja yang berasal dari Dauphin County di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu bergaduh dengan abangnya, Dominick, 18, mengenai gadis yang sama disukai mereka.

Seorang jurucakap berkata: "Dua beradik itu bergaduh mengenai seorang gadis.

"Kedua-dua mereka dikatakan berminat pada gadis yang sama dan perkara itu merupakan punca pembunuhan," katanya. - Mirror


Artikel Lain