suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Perancis Tolak Sistem Kuota Kekal Untuk Pelarian

Manuel Valls. Foto Reuters

MUNICH/BRATISLAVA: Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls pada Sabtu menolak idea mengekalkan sistem kuota untuk mengagihkan pelarian di seluruh Eropah.

Ia sekali gus meletakkan keputusan Perancis itu bertentangan dengan Jerman, menjelang kemuncak bagi membincangkan krisis berhubung migrasi di Kesatuan Eropah (EU).

Bercakap kepada pemberita pada sidang keselamatan di Munich, Valls berkata, Perancis akan kekal dengan janjinya untuk mengambil 30,000 daripada 160,000 pelarian di negara-negara Eropah.

Perancis bersetuju untuk pengagihan berkenaan bersama negara-negara berkenaan tetapi tidak menerima sebarang bilangan tambahan.

"Kita tidak ambil lagi," kata Valls.

Beliau menyuarakan kekagumannya terhadap kesediaan Jerman untuk mengambil lebih ramai pelarian.

Bagaimanapun kata Valls: "Perancis tidak pernah berkata 'datang ke Perancis'."

"Perancis tolak perkara ini," kata Valls mengenai mekanisme kuata kekal.

Beliau berkata, Perancis telah menerima 8,000 permohonan suaka tahun lalu dan berdepan dengan cabaran radikal golongan beliau dan kadar pengangguran tinggi. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain