suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Al-Shabaab Dakwa Bertanggungjawab Serangan Bom Pesawat Somalia

KUMPULAN militan al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden serangan bom dalam pesawat Somalia baru-baru ini, sehingga mengakibatkan badan pesawat itu berlubang.

Menurut al-Jazeera yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan dikaitkan al-Qaeda itu, ia mengisytiharkan bahawa serangan itu bertujuan untuk menyasarkan 'pegawai kanan Barat' yang menaiki penerbangan itu.

Ia turut mendakwa serangan tersebut merupakan 'pembalasan bagi jenayah yang dilakukan oleh pasukan tentera salib dan agensi perisikan mereka.'

Serangan itu berlaku apabila bom yang disembunyikan di dalam sebuah komputer riba diletupkan.

Pengebom yang mati itu disedut keluar dari pesawat Somalia dalam penerbangan dari Mogadishu ke Djibouti.

Ketua pegawai eksekutif pesawat Daallo Airlines kemudiannya mengesahkan pengebom itu sepatutnya menaiki pesawat Turkish Airlines.

Letupan itu mengakibatkan badan pesawat berlubang dan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Mogadishu untuk membuat pendaratan cemas.

Suspek utama dipercayai merupakan warga Somalia yang dikenali pasti sebagai Abdullahi Abdisalam Borleh. Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain