suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Suspek Pemerdagangan Manusia Didakwa Bunuh Aylan Kurdi

ANKARA: Dua suspek kegiatan pemerdagangan manusia dihadapkan ke mahkamah Turki berhubung dakwaan menyebabkan kematian kanak-kanak migran Syria, Aylan Kurdi serta empat yang lain.

Penemuan mayat Aylan dalam keadaan meniarap di pantai Turki mendapat perhatian dunia tahun lalu susulan krisis pelarian berlarutan yang menggambarkan kesengsaraan rakyat negara berhadapan konflik itu.

Perbicaraan bermula dengan kedua-dua defendan, Muwafaka Alabash dan Asem Alfrhad menolak mereka bertanggungjawab atas kematian migran berkenaan, demikian lapor agensi berita Dogan.

Sebeliknya, rakyat Syria itu meletakkan kesalahan itu kepada bapa Aylan iaitu Abdullah Kurdi yang didakwa merancang perjalanan menggunakan bot itu.

Sejak kejadian yang mengorbankan anak lelakinya, Abdullah telah kembali ke Syria.

Kedua-dua tertuduh didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan menyebabkan kematian lima migran kerana kecuaian.

Jika bersabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 35 tahun.

Abang Aylan, Galip dan ibunya, Rihan adalah antara lima mangsa yang lemas apabila bot yang dinaiki terbalik ketika dalam perjalanan dari Bodrum ke kepulauan Greek.

Mangsa adalah antara ratusan ribu migran yang meninggalkan negara masing-masing untuk memulakan kehidupan baru di Eropah.

Walaupun berdepan risiko, migran tetap merentas lautan Aegean kerana tidak tahan dengan kehidupan yang tidak selamat dan ditindas di negara mereka.

Menurut pihak berkuasa Turki, lebih 4,400 penyeludup yang menganjurkan perjalanan merentasi sempadan menggunakan laluan laut ditahan sepanjang 2015.



Artikel Sebelum

Doktor Muda UK Mogok Lagi

Artikel Berikut

Isa Dare Bunuh Tahanan ISIS

Artikel Lain