suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Pengganas: Singapura Siap Siaga

Pasukan keselamatan Singapura mengadakan latihan bagi menghadapi serangan pengganas.

SINGAPURA: Kumpulan pengganas adalah ancaman keselamatan paling signifikan yang dihadapi republik ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA), namun keseluruhannya kadar jenayah kekal di paras rendah.

Amaran berhubung isu penting itu dikeluarkan pada Rabu susulan serangan pengganas di seluruh dunia termasuk di Paris dan Jakarta.

Kementerian itu juga meminta penduduk Singapura sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan memerhati sebarang petanda, termasuk individu bersikap radikal.

Ia menambah:"Pihak Kementerian akan lakukan yang terbaik untuk melindungi Singapura daripada pengganas dan akan sentiasa bersedia untuk bertindak jika berlaku serangan."

Kementerian itu juga mengetengahkan trend statistik jenayah yang dirangka pihak berkuasa undang-undang untuk makluman rakyat dalam beberapa hari lagi.

Keseluruhannya, kadar jenayah kekal di paras rendah walaupun berlaku peningkatan kecil berbanding 2014 terutama melibatkan jenayah dalam talian.

Bagaimanapun, kadar jenayah lain mencatatkan penurunan.

Singapura, pengganas, Jakarta, Paris, MHA

Artikel Berikut

Artikel Lain