suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak Tahan Diganggu, Wanita Potong Alat Kelamin Abang Ipar

SEORANG wanita memasuki pekarangan balai polis sambil memegang sebahagian alat kelamin yang masih berdarah sebagai bukti dia sering diganggu pemilik organ itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bertindak berani memotong alat kelamin abang iparnya kerana tidak tahan diganggu lelaki berkenaan sejak dia menumpang di rumah kakaknya.

Berusia 32 tahun, dia ke balai polis di daerah Sidhi, Madhya Pradesh bersama anak-anaknya bagi menyerahkan bahan bukti itu.

"Inilah satu-satunya cara untuk memastikan dia tidak lagi mengganggu saya," katanya.

Dia bersama anaknya menumpang keluarga iparnya kerana suaminya bertugas di Nashik, Maharashtra yang terletak kira-kira 500 kilometer dari daerah itu.

Bagaimanapun sebelum polis mendapatkan pengesahan pemilik alat kelamin itu, abang ipar wanita itu telah dilaporkan membunuh diri.

Menurut jurucakap polis Sidhi, Abid Khan, wanita berkenaan telah didakwa kerana cubaan membunuh.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu normal dan dia mengakui tidak menyesal atas perbuatannya itu.

Sidhi, Maharashtra, alat kelamin

Artikel Berikut

Artikel Lain