Modi Sertai Rakyat Doakan Mangsa Runtuhan Salji Segera Sembuh - Dunia | mStar

Modi Sertai Rakyat Doakan Mangsa Runtuhan Salji Segera Sembuh

NEW DELHI: Rakyat India sama-sama mendoakan semoga satu-satunya mangsa terselamat dalam runtuhan salji Siachen yang mengorbankan sembilan askar, dekat utara Kashmir, segera sembuh.

Lans Koperal Naik Hanumanthappa Koppad diselamatkan lewat malam tadi, selepas tertimbus dalam runtuhan selama hampir enam hari, setelah kem mereka terletak di kawasan setinggi 19,600 kaki, dilanda runtuhan salji pada 3 Februari.

Anggota tentera itu diterbangkan dari kawasan insiden awal pagi tadi, dan dimasukkan ke Hospital Penyelidikan  and  Rujukan Tentera India di New Delhi.

Perdana Menteri Narendra Modi melawat askar itu di hospital dan doktor memberitahu Modi bahawa Jawan (askar) terbabit masih dalam keadaan koma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Tiada kata yang dapat menggambarkan daya ketahanan dan semangat waja Lans Koperal Naik Hanumanthappa. Beliau seorang askar yang cekal," kata Modi dalam kenyataan media yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini.

Selama enam hari, Hanumanthappa Koppad tertimbus di bawah runtuhan ais sedalam 25 kaki dengan suhu mencecah hampir minus 40 darjah, dan malam tadi pasukan penyelamat menjumpai beliau dalam "khemah Artik" dengan keadaan tidak sedarkan diri dan nadi yang lemah.

Askar-askar terbabit terperangkap sejak 3 Feb, dan setakat ini pasukan mencari dan menyelamat telahpun menemui lima mayat.

Leftenan Jeneral SK Patyal yang dihubungi oleh saluran berita NDTV berkata dengan suhu antara minus 40 dan 25 darjah, pasukan penyelamat terpaksa mengharungi ribut salji yang kerap berlaku dan melakukan usaha mencari dengan jarak penglihatan yang terhad.

Glasier Siachen merupakan medan tempur yang paling tinggi dan sejuk di dunia.

Lebih ramai askar telah menemui ajal di kawasan itu, daripada di medan pertempuran disebabkan cuaca dan keadaan laluan yang sukar.

Sekurang-kurangnya 869 pegawai dan askar mati di kawasan berkenaan sejak pertengahan 1980-an.

Artikel Sebelum

Penghantar Pizza Dipecat Kerana SMS 'Pelik'

Artikel Berikut

Gempa Taiwan: Pemaju Bangunan Runtuh Ditahan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain