suria

Anggota Badan Ditemui Di Sungai Chao Phraya Milik Usahawan Sepanyol

Pasukan polis memeriksa anggota badan yang ditemui di Sungai Chao Phraya yang mempunyai kaitan dengan kes culik warga Sepanyol.

BANGKOK: Misteri penemuan beberapa anggota badan manusia yang terapung di Sungai Chao Praya di sini di percayai milik ahli perniagaan Sepanyol yang diculik dan diperas ugut sebelum dibunuh, kata polis.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas media Thailand sejak beberapa hari lalu yang menyiarkan imej anggota polis memegang beberapa anggota badan manusia.

Anggota badan pertama ditemui pada Sabtu lalu disusuli enam lagi penemuan di lokasi berasingan di sepanjang sungai berkenaan.

Ketua pegawai penyiasat polis, Panya Maman memberitahu pihak media, mangsa adalah ahli perniagaan Sepanyol yang masuk ke Thailand pada 19 Januari lalu.

“Saya yakin dalam tempoh 48 jam kes ini akan diselesaikan.

“Semua suspek termasuk samseng luar negara dan beberapa warga tempatan yang terbabit dalam kes ini akan ditahan,” katanya.

Menurutnya, pembunuhan itu mungkin berlaku antara 25 hingga 27 Januari lalu.

“Selepas kematian lelaki itu, kami mengesan wang mangsa dipindahkan ke beberapa negara termasuk Singapura, Sepanyol dan Thailand,” jelasnya. - AFP


Artikel Lain