suria

Remaja Fasih Berbahasa Inggeris Penggal Kepala Tebusan ISIS

Remaja fasih berbahasa Inggeris beri amaran kepada Amerika Syarikat sebelum memenggal kepala tebusan ISIS.

VIDEO terbaharu ISIS memaparkan bagaimana seorang remaja lelaki yang fasih berbahasa Inggeris telah memenggal kepala tebusan.

Sebelum berbuat demikian remaja kulit hitam itu dengan beraninya memandang lensa dan menyatakan ancaman kepada Amerika Syarikat yang menyasarkan kumpunan pengganas di Syria itu.

"Oh Amerika, inilah tentera yang kamu sasarkan dan belanjakan sejumlah wang untuk memerangi Syriah Islam.

"Kami akan musnahkan mereka seperti mana kami hapuskan Iraq, kami tidak boleh terlepas," demikian katanya menerusi video yang dirakamkan di Aleppo, Syria.

Remaja itu kemudiannya berkata, ISIS akan bertembung dengan musuhnya di kawasan tanah tinggi Dabiq', pekan kecil di Syria di mana ia diramal bakal menjadi lokasi pertempuran terakhir pengganas dengan Barat.

Tebusan ISIS dengan berpakaian oren yang dipercayai pejuang pemberontak kumpulan gabungan untuk menentang pengganas itu.

Malahan, tebusan perang itu juga ditemubual dalam bahasa Arab sebelum dibawa ke kawasan semak dan dibunuh dengan kejam.

Video durasi 17 minit itu juga menunjukkan remaja itu membawa tebusan ke kawasan berpokok dan memaksanya melutut sebelum memenggal lehernya.



ISIS, Inggeris, Syria, Arab

Artikel Lain