suria

Penggodam IS Muncul Di Mahkamah AS Selepas Diekstradisi Dari Malaysia

WASHINGTON: Seorang warga Kosovo yang diekstradisi dari Malaysia muncul di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Vriginia kerana didakwa menggodam data peribadi lebih 1,000 pegawai AS dan menghantar maklumat tersebut kepada kumpulan militan IS di Syria.

Buat pertama kalinya, Ardit Ferizi, 20, muncul secara terbuka di AS pada Rabu sejak diekstradisi dari Malaysia selepsa ditahan pada Oktober menggunakan waran tangkap sementara AS.

Menurut dokumen pendakwaan, Ferizi yang dipercayai ketua sebuah kumpulan penggodam Internet Kosovo, menggodam pelayan komputer sebuah peruncit dalam talian AS dan mencuri maklumat pengenalan peribadi seramai 1,351 anggota tentera AS.

Berdasarkan dokumen pendakwaan tersebut, Ferizi menyediakan senarai maklumat tersebut kepada ahli IS termasuk penggodam Britain, Junaid Hussain.

Mesej menerusi Twitter milik Ferizi digunakan untuk menyebarkan propaganda kumpulan IS.

Pegawai AS menyifatkan kes Ferizi sebagai yang 'pertama seumpamanya' apabila dia ditangkap pada tahun lepas.

Dia antara 79 individu yang didakwa berkaitan jenayah IS dalam tempoh dua tahun lalu.

Jurubahasa Albania dilantik sebelum penampilan keduanya pada Jumaat ini.

Ferizi berdepan hukuman penjara maksimum 35 tahun jika didapati bersalah.


 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain