suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyeledup Daun Ketum Dari Malaysia Ditahan

PATTANI: Polis Thailand menahan seorang rakyat Malaysia di pusat imigresen Betong, Yala dan menemui 80 ketul daun ketum mampat seberat 15 kilogram yang disembunyikan di bahagian belakang keretanya petang Selasa.

Timbalan Ketua Polis Pattani, Lt Pol Piyawat Khuangsri berkata lelaki berusia 31 tahun ini itu didapati cuba menyeludup masuk daum ketum yang diperolehnya dari Baling untuk dijual kepada pengedar tempatan.

"Hasil siasatan menunjukkan lelaki itu memperoleh daum ketum pada harga Baht 350 (RM4.10) sekilogram dan cuba menjualnya kepada pengedar tempatan pada harga Baht 800 (RM9.50) sekilogram," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, lelaki terbabit telah beberapa kali menyeludup masuk daum ketum ke Thailand menerusi pintu masuk itu, sebelum dia ditahan kali ini.

Piyawat berkata lelaki terbabit sedang ditahan di Balai Polis Daerah Betong sebelum dihadap ke mahkamah untuk didakwa bawah undang-undang kesalahan dadah Thailand.

Thailand, Ketum

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain