suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan Diselubungi Misteri, Kru Kapal Pengsan

MISTERI menyelubungi satu penerbangan yang dalam perjalan dari London ke Los Angeles selepas kru pesawat dilaporkan pengsan manakala penumpang jatuh sakit secara tiba-tiba.

Keadaan panik itu membuatkan penumpang cuba mendapatkan doktor di kalangan mereka, namun juruterbang Syarikat Penerbangan Amerika (American Airlines) mengumumkan untuk berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat jenis Boeing 777-300 itu kemudian berjaya mendarat di Lapangan Terbang Heathrow manakala penumpang tidak dibenarkan untuk keluar.

Pasukan perubatan yang menunggu ketibaan penerbangan tersebut turut berada berhampiran pesawat.

Pasukan perubatan hanya dibenarkan untuk merawat penumpang dan kru kapal yang terlibat selepas ujian udara di dalam pesawat selesai dilakukan.

Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian merampas semua bagasi di dalam pesawat untuk melakukan pemeriksaan.

Seramai enam kru kapal dan dua penumpang yang berusia lingkungan 40 dan 60 tahun dilaporkan jatuh sakit di atas penerbangan berkenaan.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun menafikan bahawa terdapat kru kapal dan penumpang telah jatuh sakit ketika pesawat terpaksa perpatah balik.

American Airlines

Artikel Lain