suria

Dua Beranak Maut Kereta Terhumban Dalam Terusan

SINGAPURA: Mayat dua wanita, dipercayai ibu dan anaknya ditemui selepas kereta yang dinaiki terhumban dalam Terusan Alexandra di sini pada Ahad malam.

Menurut akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao, kedua-dua wanita berambut panjang dan berkulit cerah, salah seorang daripada mereka memakai kemeja-T belang hitam dan putih.

Saksi kejadian memberitahu The Straits Times bahawa kereta perak bergerak dari tempat letak kereta di Pusat Membeli-Belah Valley Point di Jalan River Valley pada kira-kira pukul 9 malam.

Kereta itu bergerak merempuh kawasan semak bersebelahan laluan air itu sebelum terhumban.

Seorang lelaki berusia 33 tahun yang enggan dikenali berkata" "Saya terdengar bunyi rempuhan kuat apabila kereta itu merempuh penghadang jalan sebelum masuk dalam terusan itu."

Beberapa minit kemudian, pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura tiba untuk menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa masih belum dapat diketahui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain