suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alat Pengesan Sonar MH370 Hilang

SYDNEY: Alat pengesan sonar laut dalam yang digunakan untuk operasi mencari bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di dasar laut dilaporkan hilang.

Menurut Agensi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), alat yang dikenali 'towfish' itu memberi tumpuan di dasar laut seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

"Towfish bertembung dengan lumpur gunung berapi yang naik hampir 2,200 meter dari dasar laut menyebabkan kabel tunda kenderaan itu terbuka.

"Akibatnya towfish dan 4,500 meter kabel terpisah dari kapal dan kini terdampar di dasar laut," kata agensi itu menerusi kenyataan pada Isnin.

Difahamkan pihak berkuasa akan mendapatkan kembali towfish berkenaan.

MH370 hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sehingga mencetus misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Pencarian dasar laut diketuai Australia adalah antara operasi paling mahal pernah dijalankan.

MH370, JACC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain