suria

Korea Selatan, Hong Kong Dibadai Cuaca Sejuk Melampau

Ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan kerana sajli tebal menyebabkan ribuan pelancong terkandas di Jeju selama dua hari.

KEPULAUAN Jeju di Korea Selatan dibadai cuaca sejuk melampau dengan salji paling tebal sejak tiga dekad, sekali gus menyebabkan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Jeju popular sebagai destinasi percutian dan keadaan cuaca terkini itu mengkaibatkan ribuan pelancong terkandas.

Semua 517 penerbangan pada Ahad dibatal, selain 60 lagi pada Isnin kerana keadaan salji yang mencecah 11 sentimeter.

Sementara itu, di HONG KONG pula selepas 60 tahun, bandar raya ini tiba-tiba dilanda cuaca sejuk melampau dengan suhu paling rendah yang mencecah sehingga 3.3 darjah Celsius, malahan ada yang jatuh di bawah paras beku.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat.

Pegawai kaji cuaca mengeluarkan amaran wilayah itu berdepan gelombang sejuk yang teruk ditambah dengan angin monsun sejuk.

“Ia cuaca paling sejuk sejak 59 tahun. Kali terakhir cuaca sesejuk ini ialah pada 1957 dengan catatan 2.4 darjah Celsius pada Februari 1957,” kata pegawai Wong Wai-kin kepada AFP.



Jeju, Hong Kong, salji, Wong Wai-kin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Trump Dabik Dada

Artikel Lain