Tujuh Maut Serangan Bom Di Universiti Pakistan - Dunia | mStar

Tujuh Maut Serangan Bom Di Universiti Pakistan

Pasukan tentera berkumpul di luar kawasan universiti bagi mengawal keadaan selepas serangan yang mengorbankan tujuh nyawa, Rabu.

PESHAWAR: Tiga lelaki bersenjata api dan bom menyerang sebuah universiti di Charsadda, barat laut Pakistan mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh terkorban setakat ini.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada jumlah korban itu termasuk penyerang terlibat.

Sebuah stesen televisyen melaporkan, lelaki bersenjata masuk ke universiti itu di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dari pintu selatan dan melepaskan tembakan ke arah pelajar serta guru di kelas dan asrama.

Rakaman kehadiran tentera di universiti, anggota keselamatan menyerbu masuk dan orang ramai bertempiaran lari di sekitar universiti berkenaan juga disiarkan stesen berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan pasukan keselamatan bertindak dan berbalas tembakan dengan penyerang di pekarangan Universiti Bacha Khan.

Beberapa letupan juga kedengaran di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer di pinggir bandar ini.

Timbalan Canselor Universiti Bacha Khan, Fazal Raheem Marwat berkata, serangan masih berterusan dan kedengaran dua letupan di kawasan kampus.

Insiden ini berlaku hampir setahun selepas lelaki bersenjata Taliban membunuh 134 pelajar di sebuah sekolah di bandar ini.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.-- AFP

Universiti Bacha Khan , bom , Pakistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bali Terima Nota Ancaman Pengganas

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia