suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ISIS Sahkan Serangan Dron Bunuh Jihadi John

Jihadi John disahkan terbunuh dalam serangan November lalu.

MILITAN Negara Islam dan Syaria (ISIS) mengesahkan Jihadi John terbunuh dalam serangan di Syria demikian lapor majalah Dabiq.

Mengikut laporan itu, pengganas berusia 27 tahun itu yang juga dikenali sebagai Mohammed Emwazi atau Abu Muharib al-Muhajir terkorban pada 12 November lalu.

Laporan dua mukasurat di majalah itu juga memaparkan kisah hidup Jihadi John sebelum menganggotai ISIS.

Pengakuan itu sekali gus mengesahkan maklumat Amerika Syarikat bahawa militan paling dikehendaki pihak berkuasa Britain itu maut dalam serangan dron di kubu kuat militan IS di Raqqa.

Jihadi John dikenali dan tersenarai antara militan dikehendaki apabila muncul dalam beberapa video yang menunjukkan tindakannya membunuh tebusan warga asing.

Emwazi dilahirkan di Kuwait dan dipercayai berpindah ke London ketika kecil.

Laporan The Washington Post menyebut dia mengembara hingga ke Tanzania pada 2009 sebelum ke Syria pada 2012 dan menyertai ISIS.


Jihadi John, dron, Raqqa, ISIS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain