suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belon Helium Sebar Risalah Propaganda Korea Utara

Ratusan belon helium diterbangkan untuk mengedarkan risalah propaganda ke Korea Selatan.

SEOUL: Ujian nuklear terbaru yang dilancarkan Pyongyang terus mencetuskan perang propaganda apabila hampir sejuta risalah digugurkan menggunakan belon helium di Korea Selatan sejak seminggu lalu.

Ia tindak balas Korea Utara selepas jirannya di selatan menggunakan pembesar suara gergasi di sempadan kedua-dua negara untuk tujuan propaganda.

Susulan itu, Korea Utara menggunakan belon helium untuk menghantar risalah propaganda itu dengan mengecam Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye.

Perang propaganda itu berlarutan selepas Korea Utara mengadakan ujian bom nuklear kali keempat yang mendapat kecaman dunia pada 6 Januari lalu.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, risalah Pyongyang itu digugurkan hampir setiap hari dengan kebanyakannya jatuh berhampiran sempadan di wilayah Gyeonggi, manakala sebahagian lagi sampai ke Seoul.

Beliau juga mendakwa Korea Utara menggunakan belon-belon helium yang dipasang bom jangka.

"Belon-belon itu meletup dan menyebarkan risalah itu," katanya. – AFP



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain