suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahrun Pakar IT, Bentuk Pasukan Khas Rancang Serangan - Polis

JAKARTA: Dalang kejadian serangan bom di Jalan Thamrin di tengah ibu kota ini, Bahrun Naim dikatakan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Ketua Bahagian Hubungan Manusia Markas Besar Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Charliyan berkata, Bahrun menggunakan kepakarannya dalam bidang itu untuk merekrut pengikut dan merancang tindakan keganasan.

“Dia bukan sahaja pakar dalam bidang IT, malah turut mempunyai pasukan khas untuk merancang aktiviti keganasan,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, sebelum terlibat dalam kegiatan militan, Bahrun dikatakan menjalankan operasi kafe Internet di bandar Solo, Jawa Tengah.

Sehingga kini, polis menahan 12 individu di seluruh negara berkaitan serangan di ibu negara itu.

Siasatan juga menemui bukti kumpulan berkenaan merancang serangan dengan menyasarkan warga asing dan pegawai keselamatan di bandaraya lain seperti Bandung.

Selain itu, rakaman suara lelaki warga Indonesia yang tersebar sejak Sabtu lalu dan dipercayai milik Bahrun tidak dapat disahkan pihak polis republik itu.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini, cuma kita belum boleh menyimpulkan bahawa adakah rakaman suara itu milik Bahrun Naim atau sebaliknya.

"Polis tidak mahu membuat sebarang andaian," kata Ketua Bahagian Penerangan Polis Republik Indonesia, Suharsono.


Bahrun Naim, Anton Charliyan, IT, Solo

Artikel Sebelum

Artikel Lain