suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Maklumat Mengenai Kemasukan Kumpulan Pengganas Daesh Ke Thailand - PM

Jen Prayut Chan-o-cha.

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand telah meningkatkan pemantauan di Bangkok dan sempadan negara itu susulan serangan bom di Jakarta semalam tetapi sehingga sekarang tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kemasukan pengganas Daesh ke negara itu.

Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha berkata, negaranya telah meningkatkan kerjasama keselamatan dengan negara-negara jiran dalam usaha untuk mengekang sebarang ancaman daripada Kumpulan Pengganas Daesh.

"Saya tidak pasti saya tidak menyembunyikan apa-apa (mengenai ancaman Daesh) tetapi belum ada maklumat mengenai kemasukan kumpulan itu (pengganas Daesh) ke Thailand," kata beliau kepada pemberita selepas melawat bangunan baharu Bursa Saham Thailand di Din Daeng di sini, Jumaat.

Beliau berkata, setiap negara harus berhati-hati mengenai isu Kumpulan Pengganas Daesh dan usaha telah dan akan diambil untuk memantau dengan rapi ancaman yang dicetuskan oleh kumpulan yang berakar umbi di Syria dan Iraq.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menasihatkan media di negara itu supaya mengendalikan isu-isu berkenaan dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan keadaan cemas dalam kalangan orang ramai yang akan menimbulkan masalah kepada bursa saham dan ekonomi.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand berkata, serangan pengganas di Jakarta yang menyebabkan lima daripada pelaku serta dua orang awam terbunuh merupakan "amaran berjaga-jaga" kepada semua agensi keselamatan di Asia Tenggara.

Menurut Setiausaha Agungnya Jen Thawip Netniyom, serangan itu harus mendorong para pegawai keselamatan di rantau itu untuk bekerjasama lebih rapat dalam berkongsi maklumat perisikan mengenai anggota Kumpulan Pengganas Daesh.

Thawip dilaporkan sebagai berkata oleh akhbar Bangkok Post hari ini bahawa aagens-agensi keselamatan Thai telah bekerjasama rapat dengan rakan agensi keselamatan di Indonesia. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain