suria

MH17: Bapa Mahu Pihak Terlibat Mohon Maaf

Thomas menerima buku mengandungi koleksi gambar tragedi MH17 daripada jurugambar, Wouter de Wild yang berpeluang merakamkan detik sejurus pesawat tersebut terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

AMSTERDAM: Bapa kepada seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terlibat dengan nahas di timur Ukraine Julai tahun lalu, enggan tahu mengenai laporan tragedi itu yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), tetapi hanya mahu pihak terlibat memohon maaf.

Sambil menyatakan beliau sudah meramalkan keputusan siasatan tragedi itu, Thomas Schansman dari Amerika Syarikat berkata, seperti dijangka laporan itu hanya menjelaskan bagaimana pesawat tersebut ditembak, tanpa menyatakan pihak yang bertanggungjawab mendalangi serangan itu.

“Saya hanya mahu dengar,"Kawan, kami tidak berniat untuk menembak jatuh pesawat ini", itu saja daripada pihak bertanggungjawab.

“Saya mahu tahu jika tragedi itu adalah kemalangan dan bukanlah niat mereka untuk menembak jatuh MH17, tetapi sehingga sekarang tiada yang tampil sama ada Rusia atau pihak lain yang memohon maaf," katanya kepada badan penyiaran ABC.

Schansman yang kehilangan anak lelakinya, Quinn Lucas, 19, berkumpul di Pangkalan Udara Gilze Rijen di Belanda bersama ahli keluarga penumpang lain bagi mendengar laporan berhubung nahas itu daripada Pengerusi DSB, Tjibbe Joustra.

Sementara itu, Barry Sweeney bapa kepada seorang penumpang bernama Liam percaya, semua penumpang jet berkenaan mati serta-merta.

Katanya, mereka dimaklumkan pesawat itu dibedil peluru berpandu BUK yang mengakibatkan bahagian kokpit terpisah daripada badan utama kapal yang memungkinkan mewujudkan kekeliruan kepada penumpang.

“Adalah diharapkan kebanyakan penumpang tidak sedar semasa kejadian itu berlaku dan perkara berkenaan mungkin memberi kelegaan kepada ahli keluarga mangsa,’’ katanya.


MAS, MH17, Ukraine, Thomas Schansman

Artikel Berikut

Artikel Lain