suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi Mencari Mangsa Tanah Runtuh Guatemala Dihentikan

GUATEMALA CITY: Selepas dua minggu bertungkus lumus melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh, akhirnya pasukan petugas memutuskan untuk menghentikan gerakan itu.

Setakat ini, angka kematian disahkan sebanyak 280 orang, manakala 70 lagi masih hilang.

Sepanjang tempoh operasi, pasukan penyelamat mengeluarkan timbunan tanah, batu dan pokok yang menimbus penduduk di kaki bukit pinggir bandar Santa Catarina Pinula, dekat bandaraya ini.

Beberapa hari selepas kejadian itu pada malam 1 Oktober, pihak berkuasa mengeluarkan beberapa angka anggaran korban tragedi itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengumumkan angka kematian sebanyak 253 orang dan 374 masih hilang. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, mereka mengeluarkan angka baharu menggunakan data daripada pihak berkuasa tempatan, syarikat elektrik dan air, jiran-jiran dan sumber lain. - Reuters

Guatemala, tanah runtuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain