suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taufan Dujuan: Dua Terbunuh, Beratus Lagi Cedera

TAIPEI: Taufan Dujuan yang melanda Taiwan mengakibatkan dua penduduk maut manakala 300 lagi dcedera, lapor pihak berkuasa pada Selasa.

Selain itu, hampir setengah  juta penduduk kini terpaksa bergelap apabila terputus bekalan elektrik kerana taufan itu turut merosakkan  pencawang utama.

Taufan Dujuan dilapor turut membadai kawasan di China yang bersempadan dengan Taiwan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, ramai penduduk di Taiwan cedera akibat terkena serpihan yang dibawa taufan berkenaan.

Pusat Operasi Kecemasan pula memberitahu, seramai dua penduduk terbunuh manakala 324 lagi cedera terkena serpihan pokok, kaca dan lain-lain lagi.

Seramai 12,000 penduduk telah dipindahkan dan daripada jumlah itu sebanyak 3,000 ditempatkan di pusat penempatan sementara.

Antara penduduk yang mengalami risiko tinggi ialah masyarakat Orang Asli di pergunungan Taiwan kerana angin kuat akan menyebabkan pokok tumbang dan tanah runtuh.

Taiwan, Dujuan

Artikel Sebelum

Artikel Lain